TOP

for the brave
MY News Pandang Pertama: HONOR 7S, Peranti Bajet Paparan FullView
September 3, 2018

Pandang Pertama: Honor 7S, Peranti Bajet Paparan FullView

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

Walaupun HONOR 7S ditekankan pada kelas peranti mampu milik berharga RM379, tetapi intinya tetap tidak mengecewakan. Penggunaan asas seperti melayan sosial media masih boleh disokong padanya, mana lah tidak direbut kan?! Okay, kalau anda berminat bolehlah ikuti kami membelek-belek dahulu luaran dan dalaman peranti ini?! Jom~~

SPESIFIKASI RINGKAS

  • Sistem Operasi: Android Oreo 8.1
  • Pemproses: MT6739 Quad-core 1.5GHz Cortex A53
  • Paparan Skrin: 5.45" 18:9 HD+ (1440 x 720p) / ~295ppi
  • Kamera Utama: 13 Megapiksel / LED Flash / f/2.2 aperture / PDAF
  • Kamera Hadapan: 5 Megapiksel / Selfie-light / f/2.2 aperture
  • SIM: Dual nano SIM
  • Storan: 2GB RAM / 16GB ROM (microSD sehingga 256GB)
  • Bateri: 3020mAh
  • Dimensi: 146.5 x 70.9 x 8.3mm / 142g

REKA BENTUK

Panel Hadapan

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

Bila soal pasal reka bentuk, HONOR 7S memberikan pandangan pertama yang agak selesa kerana skrin 5.45 inci ini boleh dikatakan "ngam ngam" dipegang baik untuk lelaki atau wanita.

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

Pada bahagian atas skrin ada kamera hadapan beresolusi 5MP, dengar kata dari HONOR , gambar swafoto boleh dipercantikkan lagi dengan tambahan ciri-ciri Beauty serta selfie flash yang tersedia pada sisi kiri.

Speaker

Speaker HONOR 7S ada satu kelebihan yang mungkin dipandang rendah oleh kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ia sangat berguna.

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

Speaker ini bukan sahaja kuat suaranya, bahkan lebih bijak! Ia boleh menyelaraskan kelantangan suara mengikut keadaan persekitaran, maknanya sekiranya berada di tempat yang bising pun tidak mengganggu panggilan.

Panel Belakang

Okay~beralih ke panel belakang pula. Bahagian sini terletak seunit kamera utama beresolusi 13MP, seperti biasa LED Flash turut duduk serumah dengannya.

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

Jangan sibuk mencari pengimbas cap jari, kerana HONOR 7S tak sokong! Ya, dengan tanda harga serendah ini kalau la kalau ia sokong, mesti semua akan bagi Like! (: p)

Sisi Kiri & Kanan

Bahagian kiri dan kanan masing-masing tersedia slot SIM serta butang laras suara dan butang kuasa. Penggunaan dual SIM sudah menjadi sejenis piawaian di mana-mana kelas peranti pintar, apa yang menjadi keistimewaan adalah SIM Slot yang digunakan.

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

HONOR 7S tidak kedekut dalam menawarkan rekaan triple slot di mana anda boleh masukkan 2 kad nano SIM dan 1 kad microSD.

Bahagian Atas & Bawah

Sambungan microUSB disediakan pada bahagian bawah, bersebelahan adalah mikrofon, sementara 3.5mm audio jack diletak pada bahagian atas.

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

PRESTASI DALAMAN

Android Oreo + EMUI 8.0

Walaupun HONOR 7S dikuasakan cipset MediaTek MT6739, tetapi ia masih setia pada paparan antaramuka EMUI 8.0 berasaskan Android Oreo 8.1.

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

Bersama dengan itu, RAM 2GB dan storan dalaman 16GB yang menyokong kad microSD sehingga 256GB turut hadir pada HONOR 7S.

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

• Dua pilihan Homescreen disediakan, mod Standard menawarkan semua aplikasi pada homescreen, manakala Drawer memaparkan semua aplikasi pada laci (drawer).

Sistem Keselamatan

Seperti yang disebut di atas, peranti ini tidak datang sekali dengan sokongan pengimbas cap jari, tetapi usah risau kerana sistem keselamatan seperti Swipe, Paten, kod PIN dan kata laluan masih disediakan.

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

Kuasa Bateri – Smart Battery Management 6.0

Sebuah bateri sebesar 3,020mAh turut dimuatkan bersama, walaupun spesifikasi asas tetapi sokongan Smart Battery Management 6.0 jelas menunjukkan keikhlasan HONOR 7S dalam menjamin penggunaan bateri.

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

Kamera Swafoto Ada Selfie-light

Kamera utama menawarkan 13 Megapiksel dengan bantuan LED flash di panel belakang, serta pilihan mod seperti Beauty, HDR dan Panorama.

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

Tetapan kamera utama

Sementara kamera swafoto hadir dengan 5 Megapiksel bersama Selfie-light yang sangat berguna kepada kaki swafoto, kerana kecerahannya boleh dilaras mengikut suasana anda berada. Bagus kan?!

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

Tetapan kamera swafoto

HASIL GAMBAR

Outdoor

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

Swafoto

pandang pertama HONOR  7s peranti bajet paparan fullview

ULASAN…

Berdasarkan harga yang ditawarkan iaitu RM379, HONOR 7S boleh dikatakan peranti paling mampu milik dimiliki buat masa kini, dengan tawaran spesifikasi yang masih memuaskan terutama untuk golongan pemula.

Source: ering.com.my